KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran supaya menganjurkan solat hajat selepas solat Maghjrib malam ini dan solat Jumaat, esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mendepani musibah banjir yang melanda.
Selain itu, masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan digerakkan bagi mengadakan Kutipan Khas Jumaat serta menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian melalui pasukan bantuan agensi di bawah MEnteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk disampaikan kepada golongan terkesan.
“Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat serta ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” kata Mohd Ajib. – MalaysiaGazette