Despite these alarming statistics, it’s important to recognize that road safety is not an issue that solely concerns women or the younger generation; it’s a concern that affects each and every one of us who travel on our roads, regardless of age or gender.

KUALA LUMPUR- Waktu operasi perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi menjelang ambang tahun baharu 2024 pada Ahad ini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, ini bagi memenuhi keperluan warga kota menghadiri sambutan di sekitar pusat bandar.

Lanjutan operasi tersbeut akan melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

“Stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi hingga jam 1.30 pagi ialah Laluan Kelana Jaya (KLCC dan Masjid Jamek), Laluan Ampang/Sri Petaling (Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya dan Maluri), serta Laluan Monorel (Bukit Bintang).

“Selain itu, Laluan Kajang (Bukit Bintang, TRX, Cochrane dan Maluri), MRT Laluan Putrajaya (TRX), serta BRT Laluan Sunway (Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Katanya, semua stesen pertukaran rel turun dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Penumpang disaran menggunakan kad Touch n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau ketika menaikibas. Bagi pengguna token, anda digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen.

“Rapid KL juga akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan membantu melancarkan perjalanan anda,” jelasnya.

Bagi keselesaan pengguna, kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula jam 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.

“Rapid KL menyarankan warga ibu kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baru,” ujarnya.

Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast