Onn Hafiz (Tengah) ketika adakan lawatan di Jalan Glow In The Dark malam tadi.

SIMPANG RENGGAM – Johor negeri Johor sedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa musim tengkujuh, termasuk banjir besar, yang dijangka berlaku pada Ahad ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri telah membuat persiapan awal sejak November lalu dan semua dan semua wakil telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Pegawai Daerah telah bersip siaga dari segi keselamatan masyarakat jadi saya sarankan kepada masyarakat supaya bersedia dan juga mendengar arahan daripada pihak berkuasa supaya keselamatan kita diutamakan dalam masa mencabar ini,” katanya di sini, malam semalam.

Menurut Onn Hafiz, setakat ini beliau dimaklumkan bahawa air pasang tidak berlaku.

Bagaimanapun, tambah beliau, semua agensi telah dikerah membuat pemantauan di lokasi dinaiki air bagi membolehkan pemindahan penduduk jika paras air naik. – MalaysiaGazette