Zarina Halim

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengumumkan pelantikan Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu, berkuatkuasa pada 2 Januari 2024.

Zarina kini bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan dasar, strategi dan inisiatif bagi Bahagian Perkhidmatan Persaraan

Sebelum menyertai KWAP, Zarina telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Korporat di Hektar Asset Management, syarikat pengurusan Hektar REIT.

Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan pengasas syarikat tersebut sejak pada tahun 2002 dan juga kumpulan pengurusan yang bertanggungjawab dalam penyenaraian Hektar REIT di Bursa Malaysia pada Disember 2006.

Zarina memulakan kerjayanya dengan Kumpulan UEM dan telah berkhidmat untuk kumpulan itu selama hampir sedekad di Prolink Development, pemaju induk untuk Iskandar Puteri, Johor, dan kemudiannya di cabang modal teroka, OptixLab.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari University of Manchester, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari University of London, juga memiliki Global Reporting Initiative Certified Sustainability Professional dan Certified Sustainability Reporting Specialist dari Institute of Certified Sustainability Practitioners.

Berbekalkan pengalaman dalam bidang kemampanan ini, Zarina bersedia untuk memperkukuhkan lagi strategi persaraan mampan KWAP dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berharap dengan pelantikan Zarina akan meningkatkan lagi usaha KWAP memperkasakan pesara dan bakal pesara ke arah persaraan yang ideal dan mampan.

Pelantikan Zarina memainkan peranan penting dalam menyokong langkah strategik asas pertumbuhan mampan KWAP, menambah baik pendigitalan, dan meningkatkan proses selaras dengan inisiatif Teras 5 KWAP,” katanya.

Sehingga 31 Disember 2023, terdapat lebih 790,000 penerima pencen di Malaysia – 570,000 daripadanya adalah pesara.

Untuk menyediakan pesara dan bakal pesaradalam menghadapi posisi negara yang semakin menua, KWAP akan terus aktif menjalankan program jangkauan seperti Jelajah MyPesara yang dianjurkan sepanjang tahun di seluruh negara, bagi menyediakan khidmat nasihat kepada pesara dan bakal pesara mengenaipelbagai aspek persaraan, termasuk celik kewangan, keusahawanan, dan penjagaan kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast