Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media pada majlis MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 07 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau akan segera ke Kota Kinabalu hari ini bagi meredakan situasi politik Sabah yang sedang bergolak.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai penyelesaian terhadap pergolakan politik di negeri di bawah bayu itu.

“Saya akan terbang serta-merta selepas selesai majlis ini (Mooda Fest) ke Sabah.

“Saya akan keluarkan dua kenyataan di Kota Kinabalu, esok,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kesediaan UMNO Sabah untuk bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mengalahkan Gabungan Rakyat Sabah (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Sebelum ini, media melaporkan Warisan akan menjalin kerjasama dengan UMNO dalam PRN Sabah akan datang untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir GRS.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia tidak mustahil kerana pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat Sabah.

Sementara itu, Bung Moktar Radin juga mengakui pihaknya tiada halangan menjalin kerjasama dengan Warisan dan setakat ini pihaknya belum melakukannya secara rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. kalau bergabung pati BN dan warisan kita rakyat Sabah ada perubahan,di bandingkan dgn pati lain.tidak di ambil tahu hak sabah.cuma ikut pati Malaya utk apa kita sokong pati Malaya klu kita cuma di cucu hidung.klu blh rakyat sabahan kita mesti ubah.

  2. ini semua kepentingan politik, takda makna buat untuk rakyat.. harga beras pun tak turun2 nikan nak berjuangan untuk rakyat. podahhh

Comments are closed.