Poster Netflix ‘Man On The Run’

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan penstriman, Netflix enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan filem dokumentari ‘Man On The Run’ yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang sedang dibicarakan ketika ini.

Pada prosiding hari ini, bekas Perdana Menteri itu melalui peguamnya, Tan Sri Muhammad Abdullah berkata, tayangan dokumentari tersebut adalah prejudis dan subjudis selain mencalarkan reputasi anak guamnya dengan pelbagai dakwaan daripada wawancara beberapa individu.

Bagaimanapun ketika media menghubungi Netflix, jurucakap perkhidmatan penstriman itu enggan memberikan ulasan berkaitan perkara tersebut.

Najib telah memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Netflix menghentikan filem dokumentari itu yang sedang ditayangkan di negara ini.

‘Man On The Run’ yang berdurasi 1 jam 38 minit mula ditayangkan pada 5 Januari lepas berkisar tentang skandal 1MDB dan Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan dan dikaitkan dengan skandal dana strategik negara. -MalaysiaGazette

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, pemimpin DAP, Tony Pua.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mendakwa dokumentari sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast