Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri Johor dan Pahang.

Menerusi kenyataan agensi itu memaklumkan, cuaca di dua negeri itu didapati bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan berdasarkan analisis model-model cuaca.

“Amaran hujan lebat pada peringkat kuning sebelum ini dikeluarkan untuk daerah Pahang di Rompin, serta Johor di daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru kini ditamatkan.

“Berdasarkan analisis corak model cuaca terkini, didapati keadaan cuaca bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di Pahang dan Johor.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari pada 13 Januari untuk kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dengan melayari laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, katanya.

“Talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast