BATU PAHAT – Kakak Bella masih berharap penemuan rangka mayat di sebuah rumah sewa usang di dalam semak dekat Tongkang Pechah di sini bukan mayat adiknya.
“Saya harap itu bukan Bella. Saya harap itu bukan Bella sebab saya tak sangka dan tidak boleh jangka apa seksa yang dihadap (mayat wanita yang ditemui) kerana saya tahu sebab ada orang cerita dia kena tanam dan saya tak boleh bayang dia punya kesakitan itu.
“Saya dari petang tadi tanya orang dan tanya sendiri pengawai penyiasat tetapi dia cakap tunggu saya (pihak polis) update. Lepas itu, ada orang call saya beritahu polis masih ada di sana jadi saya datang.
“Kalau itu Bella memang kita mengharapkan ada hukuman setimpal,” kata Norisham Samsusah, 36, ketika ditemui di lokasi kejadian di Tongkang Pechah di sini malam ini.
Sementara itu, ibunya, Noraini Salleh, 55, kelihatan tenang ketika ditanya wartawan mengenai penemuan mayat wanita yang dikatakan anak keduanya, Mila Sharmila, 32, ataupun Bella.
Beliau hanya akan berpuas hati selepas hasil ujian DNA diperoleh daripada pihak berkuasa.
“Saya harap pelaku dapat hukuman setimpal apa yang dia buat pada Bella. Saya maafkan pelaku. Di lubuk hati saya kecil saya cakap itu bukan Bella,” katanya.
Keluarga Bella tiba di lokasi berkenaan selepas selesai sidang media oleh Ketua Polis Johor, Datuk Kamarol Zaman Mamat di sini malam ini.
Keluarga mangsa wanita itu juga kelihatan pergi ke kawasan penemuan rangka mayat berkenaan.
Dalam pada itu, polis mengesahkan tiga individu telah ditahan termasuk teman lelaki Bella bagi membantu siasatan. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: