Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Masalah penyeliaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai antara punca ada dalam mereka terlibat dalam kes salah laku di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota boleh ditangani secara berkesan sekiranya aspek penyeliaan dapat diperkemaskan.

“Dari segi prosedur operasi standard (SOP) pengambilan anggota polis dalam PDRM sudah lengkap, teratur dan tidak perlu diteliti semula serta tiada masalah langsung..mungkin persekitaran dan cabaran yang dihadapi mereka memungkinkan mereka terlibat dalam perbuatan sebegitu (salah laku).

“Yang ada masalah itu dalam penyeliaannya (anggota) perlu diperkemaskan lagi..penyeliaan dan tindakan tegas tanpa tolak ansur itu dapat mengekang seseorang pegawai dan anggota yang berniat terlibat dalam kes salah laku,” katanya pada sidang media di sinin hari ini.

Ayob Khan juga dengan tegas berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam kes salah laku.

“Saya sudah ingatkan banyak kali dan berkongsi banyak tangkapan, kita tengok sekarang ini jika ada terlibat, kita akan tangkap dan siasat lanjut dan sekiranya ada bukti mencukupi mereka akan dituduh di mahkamah, itu paling jelas.

“Bagi saya yang terlibat dalam salah laku ini walaupun jumlahnya sedikit beberapa peratus sahaja tetapi inilah yang sebenarnya akan mencemarkan keseluruhan imej Polis Diraja Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast