Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Cadangan penghapusan pencen bagi pelantikan penjawat awam baharu berstatus tetap juga termaktub kepada ahli-ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsip kerajaan perpaduan bersetuju dengan cadangan pemansuhan pencen kepada kakitangan awam lantikan baharu.

“Kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak, tidak soal lain. Ada yang pernah jadi Menteri Besar, jadi Menteri, kemudian jadi Timbalan Perdana Menteri, itu menunjukkan perlembagaan kita boleh kaji tapi tak boleh ke belakangkan retrospektif,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebelum makan tengah hari bersama rakyat di Restoran Nasi Kandar Pelita, Desa Sri Hartamas, di sini, hari ini.

Pada Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,  Kabinet bersetuju agar perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen selepas ini.

Beliau memberitahu, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Penjawat awam tidak berpencen akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persediaan selepas persaraan.

Menurut Anwar, sesuatu perlu dibuat bermula dengan mengambil kira perubahan dalam sesuatu pentadbiran kerana ekonomi negara tidak akan dapat bertahan sekiranya langkah seperti itu tidak diambil bermula dari sekarang.

“Ada banyak kekeliruan, semua kerajaan sebelum ini dan sampai sekarang semua menyatakan mana-mana negara dengan kedudukan ekonomi tidak mungkin bertahan kalau tidak ada sesuatu yang dilakukan.

“Jadi dengar dulu cadangan yang dikemukaan dan bahas dulu, teliti bagi pandangan apa yang perlu diubah suai oleh kerajaan akan dilakukan, kemudian kita akan mutakamdkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast