Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim mendedikasikan gol pertamanya di Piala Asia 2024 ketika menentang Korea Selatan ditujukan khas buat anaknya dan penyokong setia Harimau Malaya.

Faisal meledak gol pertama negara pada minit ke-51 dan seperti biasa, dia meraikannya dengan gaya ‘siuuuu’ seperti bintang terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

“Siapa-siapa nak buat boleh (merai jaringan siuuu), tapi memang rakyat Malaysia dah tahukan Mickey (nama panggilannya) kalau gol buat macam mana.

“Saya cuma bagi mereka gembira dan nak mereka semangat kat sini (di Doha) sebab kita dah tak layak.

“Sedih mereka datang jauh, jadi ini adalah satu kenangan untuk mereka banggakan juga,” katanya selepas kejayaan mengikat Korea 3-3 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar malam tadi.

Foto Facebook FAM.

Uniknya, semasa meraikan gol itu, ribuan penyokong termasuk dari Korea Selatan turut menyebut ‘siuuuu’ dan jeritan itu bergema seluruh stadium.

Jelas pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu, jaringan berkenaan cukup istimewa menerusi teknik yang mengelirukan hingga gagal dihalang pertahanan mahupun Jo Hyeon-woo di depan pintu gol.

“Saya pun tak jangka gol itu berlaku, itu semua rezeki daripada Allah. Kita bekerja keras dan lakukan apa yang kita mampu.

“Kalau kita lihat gol itu, saya teringat waktu saya main belia Pulau Pinang. Saya rasa ada satu gol yang hampir sama, hampir sama macam itu.

“Waktu itu saya lawan Perak kalau tak silap saya,” katanya memetik laporan Flash Sukan. – MalaysiaGazette

Foto Facebook FAM.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast