Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara Malaysia. Foto SYADILA AMARI, 27 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Malaysia akan melakukan apa sahaja untuk terus berjuang dan membela nasib rakyat Palestin.

Ini termasuklah gesaan gencatan senjata selain penerimaan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga menyambut baik keputusan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam dan akan terus memantau perkembangan di Semenanjung Gaza.

Kata beliau, walaupun keputusan itu tidak memihak sepenuhnya kepada penduduk Palestin tetapi ada pendirian yang jelas daripada ICJ mengenai perkembangan di wilayah bergolak itu.

“Kita akan buat sahaja untuk terus berjuang bagi Palestin. Malaysia akan terus memantau dan lakukan apa sahaja seperti mana disuarakan Menteri Luar di sidang PBB New York beberapa hari lalu.

“Walaupun menurut teman-teman dari Palestin memberi tidak sepenuhnya memihak tetapi jelas pendirian ICJ mengutuk serangan dan mendesak supaya dihentikan serangan dan disegerakan bantuan kemanusiaan.

“Sekurang-kurangnya jelas pendirian ICJ mengutuk serangan dan mendesak dihentikan serangan dan disegerakan bantuan kemanusiaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara di sini hari ini

Semalam ICJ memutuskan Israel mesti membenarkan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza malah mereka diarahkan untuk menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

Namun pada masa sama, ICJ tidak memutuskan berhubung gencatan senjata.

Pada 12 Januari lalu, ICJ memulakan prosiding bicara kes yang dibawa Afrika Selatan yang menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast