Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan akan mengeluarkan kenyataan hasil mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan beliau hadir mesyuarat tersebut namun enggan mengulas lanjut.

“Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan. Ya saya terlibat dan mesyuarat berlangsung semalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 di Dewan Perdana Mustika, Institut DBKL, hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette