Imran Khan.

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya, Bushra Bibi, dijatuhi hukuman pejara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.

Hukuman itu diputuskan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, tempat bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman, menurut Agensi Anadolu.

Pada Selasa, Khan dan bekas menteri luar Shah Mahmood Qureshi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara. – Bernama-Anadolu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast