Datuk Ruslin Jusoh

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon kerjasama daripada orang awam untuk mengesan 130 tahanan pendatang tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor, Tapah, Perak malam tadi.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dikerahkan sejak malam tadi untuk mengesan tahanan tersebut.

Pada pagi ini, seramai 100 anggota yang terdiri daripada JIM dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor 05-4348736, Balai Polis Bidor 05-4342222 dan Balai Polis Tapah 05-4011222.

Media malam tadi melaporkan 131 PATI dipercayai bangsa Rohingya berpakaian preman melarikan diri dalam kejadian jam 9.50 malam.

Seorang daripada PATI berkenaan maut akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor.- MalaysiaGazette

132 PATI Rohingya lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor