Unit Falcon JPJ Pahang melakukan pemantauan dengan memakai kelengkapan kamera GoPro ketika menjalankan Ops Sembilan Kesalahan semalam.

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang (JPJ) mengeluarkan sekurang-kurangnya 110 notis dalam Ops Sembilan Kesalahan pada musim perayaan ini di Kuantan.

Kesalahan tidak memakai topi keledar adalah kesalahan paling tinggi direkodkan.

Kesalahan lain ialah melebihi had laju, lampu merah, memotong garisan berkembar, lorong kecemasan, potong barisan, guna telefon bimbit, tidak pakai tali pinggang keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan kesalahan membawa lebih muatan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Pahang berkata, pihaknya menggunakan kelengkapan kamera GoPro ketika menjalankan operasi berkenaan.

Menurutnya, tiada tida kompromi dan tindakan tegas akan diambil jika ada pemandu yang melanggar kesalahan tersebut.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 112 notis telah dikeluarkan kepada pesalah lalulintas yang gagal mematuhi undang-undang  di Cameron Highlands semalam.

Tambahnya, 54 notis daripadanya adalah saman JPJ(P)22 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Operasi berkenaan juga memfokuskan kepada kenderaan perdagangan termasuk pacuan empat roda 4×4,

”JPJ Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan Ops secara statik di Kilometer 1 Jalan Lojing – Blue Valley.

”Rata-rata masih terdapat pemandu yang tidak mematuhi perkara-perkara asas dalam pemanduan dan undang-undang jalan raya dengan memandu tanpa lesen memandu serta tiada lesen vokasional yang sah,” katanya.

Elemen teknikal kenderaan perdagangan juga turut memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan, prestasi kenderaan, kebolehgunaan dan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan raya.

Operasi berkenaan turut melibatkan kesalahan ubahsuai bentuk dan peralatan kenderaan serta kesalahan teknikal. – MalaysiaGazette