Jualan beras putih 10 kilogram pada harga RM30 mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

PERMATANG PAUH – Orang ramai menyambut baik usaha kerajaan yang ingin memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini dengan harga lebih murah.

Rata-rata meluahkan usaha itu akan meringgankan bebanan rakyat susulan harga beras kini berubah-ubah selain kerajaan mampu tangani isu tiada bekalan beras.

Menurut Nur Liyana Mohd Aziri, 38, isu kekurangan serta kenaikan harga beras memberi impak buat mereka sekeluarga susulan mereka menggunakan hampir 20 kilogram (kg) beras sebulan.

Nur Liyana.

“Kami 10 orang dalam satu keluarga jadi keperluan beras itu tinggi dan bila timbul isu tiada bekalan beras  harga jualan meningkat RM36 hingga RM38 sekampit mengakibatkan kos sara hidup kami turut naik.

“Jadi bila kerajaan umum akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani dengan harga RM30 sememangnya disambut baik buat golongan berpendapatan rendah seperti kami.

“Harap kerajaan akan segerakan usaha itu serta penjualannya diperluaskan di kedai runcit serta pasaraya bukan hanya di program jualan Rahmah atau Madani sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagi pembantu farmasi, Khoo Phaik Ean, 58, pula, langkah kerajaan itu membolehkan rakyat kurang berkemampuan dapat menikmati harga lebih berpatutan.

Phaik Ean.

“Harga beras pada ketika ini begitu membebankan terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah.

“Usaha kerajaan ini bukan saja meringgankan beban rakyat malah ia juga dilihat sebagai salah satu tindakan tegas mereka dalam menangani isu kartel,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan, G, Sivanamasivayam, 56, berkata, walaupun mempunyai pendapatan tetap namun masih tidak mampu menampung kos sara hidup yang meningkat.

Sivanamasivayam.

“Oleh yang demikian, usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban dengan jualan-jualan murah termasuk dalam soal mengurangkan harga beras amat kita nantikan,” katanya.

Media semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan harga kawalan beras putih akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.

Jelas beliau, pihaknya yakin harga beras dapat dikurangkan selepas beberapa perincian membabitkan penjualan bahan asas itu diteliti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hairan dengan penduduk Permatang Pauh risau kenaikan harga beras hingga tunggu Anwar Ibrahim ke sana untuk menyampaikan niat hati yang tersurat. MP di sana buat apa? Anwar Ibrahim sebagai PM banyak kerja nak buka fail dan rahsia lama kolomerat berjuta-jutawan dari 30 hingga 40 tahun dahulu. Ini adalah kerja berat yang perlu diutamakan. Berkaitan beras murah itu tiada di pasaran sekarang rakyat perlu melaporkan supaya BERNAS disiasat kerana syarikat itu adalah pengedar tunggal. Usaha kerajaan sekarang telah membuka banyak AP beras rakyat tidak boleh mempersalahkan syarikat baharu kerana beras murah (60% hasil sawah tempatan) hilang dalam pasaran. Walau mata kasar nampak 40% beras import seperti 95% mengatasi majoriti 60% beras tempatan itu hanya mata tersalah pandang otak tersalah mentafsir mulut tersasul cakap. 60% itu ada dan berlambak-lambak tetapi cuma tidak boleh di temui sahaja. Mungkin belum ada jodoh maka rakyat perlu mencari atau paling tidak membuat formula. Dengan adanya formula maka akan menyelesaikan masalah ini.

Comments are closed.