PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis menahan 184 individu atas pelbagai kesalahan dalam Op Noda Khas dan Op Hibur yang dijalankan secara serentak di seluruh negeri, tengah malam tadi.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata, operasi bermula pada 12 tengah malam hingga 5 pagi tadi itu melibatkan 23 pegawai kanan dan 114 anggota Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

Beliau berkata, kesemua ditahan terdiri daripada 152 wanita dan 32 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 64 tahun membabitkan 162 orang warga asing selain seorang lelaki tempatan yang dikehendaki.

“Serbuan ditumpukan terhadap¬†premis yang disyaki menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen, memberi khidmat pelayan wanita warga asing dan penyalahgunaan dadah.

“Kita turut merampas pelbagai peralatan hiburan seperti pemain DVD, amplifier, komputer riba, alat pembesar suara, mikrofon dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan, bagi tujuan siasatan, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Kumar, kesemua 22 warga tempatan dan 162 warga asing itu akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (2) dan 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 1998; Seksyen 55B, 6 (1) (c) dan 15 (1) (c)  Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan. РBernama