KUALA LUMPUIR – Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat memainkan peranan penting untuk merangka
strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah yang dimainkan pihak-pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan menangani masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.

“Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya menerusi Facebook.

SEmalam, beliau menyempurnakan penutupan Permukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat.

Katanya, ia merupakan kesinambungan daripada Permukiman Jemaah Menteri pada bulan lalu.

Anwar berkata, beliau meletakkan harapan tinggi terhadap prestasi kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat.

“Saya amat berkeyakinan permukiman ini dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha Kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette