GEORGE TOWN – Seorang penunggang p-hailing terkorban selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri di Jalan Bukit Gambir di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang penghantar makanan itu dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bukit Jambul menuju Jalan Yeap Chor Ee sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan berlaku di jalan lurus dua hala yang mempunyai tiga lorong (sehala) dalam keadaan cuaca baik dan jalan kering,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Razlam, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast