Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima simbolik nombor plat kenderaan Gold 1 daripada Anthony Loke di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘Gold 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Istana Negara hari ini.

Dalam pertemuan itu, Loke mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast