Papan tanda peringatan waktu larangan  Jalan Permatang Badak, Kuantan.

KUANTAN – Sebanyak 355 pesalah trafik ingkar waktu larangan di kawasan Jalan Permatang Badak di sini telah direkodkan sepanjang tahun 2023.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, jumlah tersebut direkodkan dalam 19 operasi yang dilaksanakan di lokasi berkenaan.

Wan Mohd Zahari Wan Busu.

”Sebanyak 335 keping saman dikeluarkan dalam 19 operasi dijalankan di kawasan waktu larangan  Jalan Permatang Badak dari Januari sampai Disember tahun lalu.

”Daripada jumlah itu sebanyak 87 dikeluarkan membabitkan kesalahan waktu larangan manakala 248 lain-lain kesalahan di lokasi itu,” katanya.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ada papan tanda berwarna merah yang memaparkan peringatan tempoh masa penggunaan di jalan berkenaan.

Laluan kenderaan berat lebih daripada lima tan tidak dibenarkan melalui laluan tersebut pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan 4 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali pada Hari kelepasan am.

Papan tanda berwarna merah itu diletakkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di mana peringatan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan1957 (Akta 333) melibatktan Laluan 229 Jalan Permatang Badak.

Wan Zahari berkata, pemandu kenderaan berat dinasihatkan agar mematuhi papan larangan yang menetapkan waktu laluan.

”Ia bagi memastikan tidak berlakunya kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak dan mengelak berlaku kemalangan jalan raya semasa waktu puncak

”Ini kerana laluan agak sempit untuk masuk ke kawasan taman perumahan akan dijalankan sec ara berterusan,” katanya. – MalaysiaGazette