KUANTAN -Seramai 24 bayi dilahirkan pada hari ini, iaitu tahun lompat.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dr Rusdi Abd Rahman berkata, data tersebut direkodkan bermula 12 tengah malam tadi sehingga 11 pagi ini dan kesemua bayi dilaporkan sihat.
Daripada 24 kelahiran tersebut, 18 merupakan bayi perempuan dan enam bayi leiaki, ujarnya.
“Daripada jumlah keseluruhan kelahiran ini juga, 17 bayi dilahirkan secara normal dan tujuh melalui kaedah pembedahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bayi tahun lompat terawal dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada jam 12.18 pagi merupakan bayi perempuan seberat 3.71 kilogram.
Bayi tersebut adalah anak kedua pasangan dari Kerdau, Temerloh.
Manakala Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai sembilan orang bayi dikuti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (tujuh kelahiran), Hospital Pekan (empat kelahiran), Hospital Kuala Lipis (dua kelahiran) dan Hospital Raub dan Hospital Jengka (masing-masing satu kalahiran). – MalaysiaGazette