Tengku Razaleigh Hamzah

PULAU PINANG – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,  semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, mata wang ringgit adalah lebih bernilai berbanding dolar Singapura.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak berniat untuk merendah-rendahkan dolar Singapura, tetapi sekadar mahu menggambarkan betapa kukuhnya ekonomi negara pada masa itu.

“Beberapa hari sebelumnya RM4.78 untuk satu dolar Amerika dan RM3.53 untuk satu dolar Singapura. Dulu, 87 sen boleh tukar satu dolar Singapura.

“Dulu kami yang pergi membeli-belah di Singapura tetapi sekarang orang Singapura yang membeli-belah di sini, malahan membeli hartanah di sini.

“Kerana buat orang Singapura, harga barang dan harga rumah di Malaysia adalah sangat murah,” katanya semasa menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang.

Tengku Razaleigh berkata, Kerajaan Perpaduan telah dibentuk selama lebih setahun, tetapi keadaan ekonomi tidak bertambah baik.

“Ada yang bersusah-payah mahu menjadi Perdana Menteri dan menteri serta berjanji akan menambah baik keadaan ekonomi negara.

“Sekarang cita-cita (menteri) telah tercapai, tetapi ekonomi negara tidak maju ke depan, harga barang naik dan ringgit jatuh mendadak,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat yang telah menderita selama setahun.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, jika mempunyai idea dan cara yang baik, keadaan ekonomi negara boleh dipulihkan dalam setahun.

“Bagi saya, jika ada idea yang baik dan boleh dilaksanakan secara berkesan, maka hasilnya boleh kelihatan dalam tempoh setahun.

“Kalau tidak tahu caranya, boleh dapat tunjuk ajar daripada pakar ekonomi dan badan pemikir dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat bahawa kerajaan tidak boleh memulihkan ekonomi dalam tempoh setahun dua selepas mengambil alih pentadbiran.

Tengku Razaleigh juga berpendapat kerajaan harus mengurangkan import makanan dan mengalakkan pengeluaran oleh petani tempatan kerana jumlah wang yang banyak telah digunakan untuk mengimport makanan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Hello bro, jadi menteri kewangan sekarang mana sama dgn dulu. Jangan buat perbandingan tapi bagilah idea bernas jika benar ikhlas nak bantu negara.Sifat dengki dan iri hati ko tu aku masih nampak bro so sudah2lah. Jangan riak sgt macam pak engku je bagus.

  2. Sbg graduan ekonomi dan bekas menteri kewangan patutnya Ku Li lebih faham pasal kemerosotan matawang Rgt masakini. Tapi tidak, dia juga nak tumpang sekaki hentam PMX sambil membuat perbandingan yang tak kena di antara time dia dan time Anwar. Elok Ku Li masuk PAS je macam Che Det. Tengok boleh dapat jadi MP lagi tak. Pastu intai2 la peluang. Editor MG yang pro Najib ni pun satu celaka.

  3. Betul tu..saya masih ingat…kalau cuti pi shopping kat Geylang Serai…bawa balik Malaysia kain batik laa..baju lah..buah2an laa..mmg duit Malaysia tinggi masa tu era 1980an..masa belum jd PM bukan main duk mengatakan org lain tak cekap laa..Najib turun, ringgit naik laa..skrg ni? makin teruk! sembang jaaa

  4. abang mat sedang giat usah tanam padi dan bawang . Rafizi pun sedang buat projek ekonomi . semoga semuanya berjaya

  5. mengurangkan import makanan? itu yang kerajaan perpaduan sedang lakukan sekarang!
    meningkatkan pengeluaran padi, tanam bawang,.tanam jagung utk dedak makanan ayam, hapuskan monopoly Dan orang tengah.
    Dan semua ini bukan boleh berlaku sekelip mata Dan hasilnya juga bukan dalam Masa setahun.
    berfikir Dan menulis lah secara bijak.

Comments are closed.