Anggota bomba menyelamatkan gadis yang cuba terjun dari jejantas di MRR2 dekat Melawati. Gambar: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang gadis berniat untuk membahayakan diri dengan cuba terjun dari jejantas  di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Taman Melawati di sini berjaya diselamatkan  semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung peristiwa itu pukul 8.48 malam dan bergegas menghantar lima anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati terdapat seorang wanita cuba melakukan membahayakan diri dengan bertindak cuba terjun daripada jejantas.

“Pasukan bomba berjaya memujuk dan membawa mangsa ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan.

Selepas diselamatkan, wanita warga tempatan berumur 24 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast