Kedutaan AS di Jerusalem - sumber Alarabiya

JERUSALEM –  Seorang kakitangan kedutaan besar Amerika Syarikat AS di Israel ditemui mati tanpa sebarang unsur jenayah.

Kenyataan itu disampaikan oleh jurucakap kedutaan semalam tanpa memberikan perincian lebih tentang kes kematian tersebut.

Namun begitu, tiada lagi keterangan diterima daripada pihak berkuasa Israel.

“Saya hanya dapat mengesahkan kematian pekerja,” kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller.

Beliau bagaimanapun menolak memberi keterangan mengenai identiti kakitangan tersebut atas dasar privasi.

AS memindahkan kedutaannya di Israel pada tahun 2018 dari Tel Aviv ke Jerusalem.  – Agensi