logo gari
Gambar hiasan.

JASIN – Padah menunjukkan kemaluan di hadapan tiga anak perempuannya selain memijak, memikul dan menendang mangsa, seorang lelaki ditahan di rumahnya di Merlimau di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan kira-kira pukul 1.40 pagi selepas pengadu yang juga isterinya membuat laporan polis pada hari sama.

Menurutnya siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila isterinya berusia 40 tahun menolak pelawaan suspek untuk makan malam selepas pulang ke rumahnya dalam keadaan mabuk kira-kira pukul 10 malam 26 Februari lalu.

“Tiba-tiba suspek memarahi isterinya yang merupakan peniaga nasi lemak dan menendangnya menyebabkan pengadu lari ke bilik tiga anak perempuannya berusia 12, 14 dan 16 tahun.

“Suspek kemudian melondehkan seluar dan terus menunjukkan kemaluannya kepada tiga anak perempuannya serta memukul anaknya berusia 16 tahun dan memijak kepala anak berusia 12 dan 14 tahun,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi

Tambah Ahmad Jamil dalam keadaan panik itu, pengadu cuba menghalang, namun tidak berjaya membuatkan mangsa melarikan diri ke rumah ibu mentuanya yang terletak di kawasan berhampiran.

“Pengadu dan anak-anaknya kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut atas dakwaan melakukan amang seksual bukan fizikal.

“Suspek yang tidak bekerja direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast