Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masih kekal pada harga RM3.47, RM2.05, dan RM2,15 seliter mulai 7 hingga 13 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk 7 hingga 13 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit petrol RON97 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Katanya, harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia danĀ angkah bersesuaian akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Harga runcit produk petroleum secara mingguan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast