Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – “Tidak mengapa biarlah netizen menilai, dia seorang je cakap, orang lain tak cakap pun. Saya tak gengster,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, para netizen berhak menilai dan mengukur keperibadian beliau jika ketegasannya terhadap penceroboh tanah haram terutama di Cameron Highlands yang telah diambil tidakan.

Katanya, kelantangan beliau bersuara berkaitan isu tersebut sehingga dilabelkan sebagai gangster tidak menjadi kudis.

“Jika tidak dihentikan (pencerobohan tanah haram) ia akan berleluasa dan intergriti kerajaan akan terjejas. Sebelum tindakan diambil, kita mengikut peraturan tertentu iaitu memberikan notis,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan tular seorang bekas Ahli Parlimen yang menyatakan beliau gengster selepas mengambil tindakan terhadap pekebun sayur di Cameron Highlands baru-baru ini.

Wan Rosdy berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan kepada sesiapa sahaja yang menceroboh tanah kerajaan dan melakukan sebarang aktiviti perkebunan secara haram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast