Foto Instagram Mawar Rashid.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Mawar Rashid menimbul spekulasi telah bernikah semula apabila dia sendiri berkongsi gambar memakai inai berwarna putih di Instastory miliknya hari ini.

Tidak hanya itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, turut memuat naik foto dipercayai dia bersama suami yang hanya menampakkan bahagian paha mereka dan memakai pakaian sedondon berwarna merah jambu.

Mawar juga ada memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadam.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Namun pasangan itu mengumumkan mereka bercerai pada 23 November lalu menerusi perkongsian di laman Instagram tanpa mendedahkan punca berpisah. – MalaysiaGazette