KUALA LUMPUR – Nama pelakon, Ruhainies kini menjadi sebutan di media sosial selepas dia didakwa adalah pelakon yang ditangkap khalwat dengan penyanyi, Aliff Aziz awal pagi tadi.
Walaupun belum dapat disahihkan, Instagram adik kepada pelakon Risteena Muin itu dihujani kecaman ramai yang meluahkan kemarahan terhadap pelakon jelita itu.
Ada juga yang sanggup melabelkan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, sebagai perosak rumah tangga atau penyondol.
Pada masa sama, video Ruhainies yang bergelar heroin bergandingan dengan Aliff yang ketika ini dalam sesi penggambaran turut viral di media sosial.
Ini kerana terdapat aksi kemesraan Aliff yang sanggup berpayung bersama pelakon itu ketika hujan.
Awal pagi tadi dunia hiburan digemparkan dengan berita selebriti berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita dicekup berkhalwa dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.
Perkara tersebut juga disahkan adik Bella Astillah, Didi Astillah yang juga seorang ketika ditemui di lokasi kejadian bagi menemani kakaknya.
Nama Ruhainies terkait dengan insiden terbabit berikutan pembabitannya dengan bapa kepada dua cahaya mata itu dalam drama berjudul Terjerat. – MalaysiaGazette