Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (tengah) menyampaikan sumbangan Back To School kepada salah seorang penerima di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah mengadakan program Varsiti Peduli Komuniti di Padang Bola Sepak, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Program itu merupakan anjuran UCMI bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Ahli Parlimen Batu.

Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata, kolej itu akan menggalas tanggungjawab dengan baik bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam meneruskan kehidupan yang mencabar.

“Kami juga akan kekal komited dalam menjadi platform untuk menjalankan program khidmat masyarakat agar masyarakat dapat terus menikmati manfaat dari program itu,” katanya.

Pada program tersebut, MAIWP dan Ahli Parlimen Batu, YB Tuan Prabakaran A/L Parameswaran menyerahkan 100 bakul rahmah dan 1000 kit kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, UCMI dan Autohaus KL turut menyalurkan sumbangan kepada 50 anak-anak yang bersekolah dalam program Back To School.

“Sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa dalam persiapan persekolahan yang bermula Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa program berlangsung seperti aktiviti senamrobik, sukaneka, penyampaian sumbangan bakul rahmah dan pameran reruai dari agensi kerajaan dan anak-anak syarikat MAIWP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast