Erik Ten Hag. Foto BBC.

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan amat kecewa dengan pasukan perubatan Manchester United yang telah menyebabkan dia membuat keputusan yang salah pada awal tahun ini.

Pengendali kelahiran Belanda itu menyalahkan pasukan perubatan kelab atas krisis di posisi bek kiri.

Dia mengakui mendapat maklumat yang salah daripada pasukan perubatan The Red Devils sehingga memutuskan untuk menamatkan pinjaman Sergui Reguilon lebih awal.

Seperti yang diketahui, Reguilon dipinjam United dari Tottenham Hotspur pada penghujung pasaran perpindahan musim panas 2023 untuk mengatasi krisis pemain di bek kiri.

Bagaimanapun, kerana pasukan perubatan kelab berjanji bahawa Shaw dan Malacia akan cergas dalam masa terdekat telah membuatkan Ten Hag akhirnya mengembalikan Reguilon ke Tottenham pada awal tahun ini.

Selepas Reguilon dikembalikan, Ten Hag mendapati Shaw mengalami kecederaan sekali lagi dan Malacia terpaksa menjalani pembedahan untuk kali kedua sehingga membuatkan pemain itu hampir pasti akan terlepas saingan musim ini.

“Pada bulan Disember, saya mengadakan perbincangan secara dalaman di mana mereka memberi jaminan kepada saya bahawa Shaw dan Malacia akan cergas pada Januari jadi secara hakikat kami akan akan mempunyai dua bek sayap kiri.

“Kami bercakap tentang salah satu kekecewaan terbesar saya. Kami boleh menerima situasi di mana seorang pemain tidak tersedia tetapi apabila dua pemain tidak tersedia sepanjang musim, ia sangat mengecewakan.

”Kami sentiasa menanganinya dengan cara yang terbaik, tetapi sudah tentu ini merugikan,” menurut laporan Buletin Manchester United. – Agensi