KUALA LUMPUR – University Poly-Tech Malaysia (UPTM) akan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu CommUnity: Harvest of Hope di Kampung Orang Asli di Broga, Semenyih pada 16 Mac ini.
Program yang akan dijayakan dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) melibatkan pelajar semester empat Diploma In Corporate Communication.
CommUnity: Harvest of Hope dalam satu kenyataan berkata, pengisian program adalah merangkumi aktiviti gotong- royong menyediakan bubur lambuk, pertandingan mewarna bersama kanak-kanak, majlis berbuka puasa, penyerahan sumbangan
bantuan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri serta solat terawikh secara berjemaah.
“Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat supaya pelajar dapat lebih bertanggungjawab dalam melakukan tanggungjawab sosial di samping belajar mengendalikan program.
“Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan ilmu yang meluaskan kepada pelajar tentang komuniti Orang Asli yang ada di negara ini, dapat belajar sedikit sebanyak tentang budaya dan tradisi serta mengeratkan hubungan perpaduan bersama masyarakat mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,” katanya.
Sementara itu, program tersebut mendapat sokongan dan ditaja oleh MSM Gula Prai, Malayan Flour Mills Berhad, Maju Kicap Enterprise, Pertima Terengganu Sdn Bhd, The Barkath Group, Kopi Papa Kaw, Soya Bean Kitchen, Captain Dolphin danHaris Salleh & CO.
Turut terlibat Realtors Haven Properties, KB Letrik, Mastech Consult, Zainal Ithnin & Partners, Jad Travel & Tours SDN BHD, Yayasan Taqwa W.P, Faiden Tech,Jurutera Teras Bistari Sdn.Bhd., T’more Place dan beberapa individual yang menyumbang secara personal.
Maklumat lanjut mengenai program CommUnity : Harvest of Hope ini boleh didapati melalui laman sosial rasmi kami iaitu Instagram @harvestofhope.csr. – MalaysiaGazette