Foto Facebook KDN FC.

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) musim 2024/2025.

Pelantikan Rezal, 46, diumum KDN FC dalam hantaran di laman rasmi KDN FC semalam bersama pengumuman beberapa barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan itu.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, kehadiran Rezal adalah tepat pada masanya bagi membangunkan pemain muda yang mengisi sebahagian besar barisan pemain pasukan Kijang Emas musim ini.

“Kita percaya dia (Rezal) mampu meletakkan pasukan di landasan sebenar dan menaikkan nama KDN FC,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Pada musim lalu, Rezal bersama KDN FC yang sebelum ini dikenali Kelantan United Football Club (KUFC) sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC selepas tidak menyambung kontrak bersama The Red Warriors (TRW) kerana tidak mempunyai lesen kejurulatihan yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Selain pemain kebangsaan itu, KDN FC turut mengeluarkan senarai 20 pemain yang akan beraksi bersama pasukan musim ini.

Ini termasuk pemain yang ‘hilang dari radar’, Syed Sobri yang juga bekas pemain tengah Kelantan FC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast