KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia hari ini.
Mendiang yang menjadi ADUN DAP di kawasan tersebut selama tiga penggal dilaporkan mengidap barah.
Kee Hiong, 58, menang di DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi ke atas calon Perikatan Nasional, Teoh Kien Hong pada pilihan raya umum Ogos tahun lalu.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette