Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedang mempertimbangkan pemberian bonus kepada 8,000 penjawat awam di negeri iitu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekiranya diluluskan, jumlah pemberian bonus itu lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Saya sedang mengkaji kedudukan kewangan kerajaan negeri. Dipertimbangkan bukan semestinya diluluskan,” katanya pada majlis Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong kepada peserta E-Kasih, di sini, hari ini.

Pada awal tahun ini Kerajaan Pahang telah meluluskan Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 sekali bayar kepada penjawat awam. – MalaysiaGazette