Pemilik Lemang Lebaran, Abdullah Sani memantau pembakaran lemang menggunakan inovasi mesin pemusing lemang ketika tinjauan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.

KLANG – Lemang adalah makanan tradisi masyarakat Melayu apabila menjelang perayaan Aidilfitri, untuk memasak lemang secara tradisional biasanya memerlukan kepakaran penjagaan api dan perlu memusing lemang mengikut masa yang betul agar lemang tidak hangus atau mentah.

Menurut Abdullah Sani Khamai, 54, ini merupakan tahun pertama beliau memperkenalkan inovasi ciptaan mesin pembakar lemang berpusing secara automatik ini kepada pelanggannya, setelah hampir 27 menjual lemang menggunakan teknik tradisional, beliau yang merupakan seorang kontraktor menghabiskan RM35 ribu untuk mencipta mesin ini.

Katanya lemang yang dimasak menggunakan mesin rekaannya ini banyak membantunya dalam menghasilkan lemang berkualiti, mesin inovasi tersebut bagaimanapun masih mengekalkan elemen tradisional iaitu pembakaran yang menggunakan arang atau kayu bagi mendapatkan aroma lemang yang lebih sedap.

Lemang istimewa ini boleh diperolehi di gerai Lemang Lebaran yang terletak di Kampung Jawa, Klang, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Pemilik Lemang Lebaran, Abdullah Sani menuangkan santan ke dalam buluh sebelum di bakar menggunakan mesin pembakar lemang berpusing ketika tinjauan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.
Antara lemang yang dibakar menggunakan inovasi mesin pemusing lemang ketika tinjauaan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.
Pemilik Lemang Lebaran, Abdullah Sani mengasingkan Lemang yang telah siap di bakar menggunakan mesin pembakar lemang berpusing ketika tinjauaan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.
Pekerja menyusun batang lemang ke acuan mesin pemusing lemang ketika tinjauaan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.
Pelanggan membeli lemang yang siap dibakar menggunakan mesin pemusing ketika tinjauaan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.