Aliran trafik ke Pantai Timur menyaksikan peningkatan kenderaan susulan kepulangan perantauan ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Trafik dari Kuala Lumpur ke Karak bergerak perlahan pagi ini berikutan pertambahan trafik menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut Rabu ini.

Lebuhraya Pantai Timur berkata, aliran trafik perlahan dari plaza tol Gombak hingga Kilometer (KM) 37.1 (sejauh 17.3 KM ) iaitu dari Gombak – Genting Sempah.

Selain itu, dari KM38.3 hingga KM 43.3, sejauh lima kilometer dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Trafik juga dilaporkan perlahan sejauh 2.6 kilometer dari KM57.6 hingga KM60.2 dari Lentang ke Bentong.

Bagaimanapun trafik lancar di sepanjang lebuhraya di kedua-dua hala di Lebuhraya Pantai Timur 1.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih terkawal.

Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, smartlane telah diaktifkan di KM367.3 hingga KM354.0 arah utara dari Slim River ke Sungai.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 15 peratus pertambahan kenderaan di semua lebuh rayanya sempena perayaan Aidilfitri.

Peningkatan tersebut dijangka berlaku pada hari-hari puncak iaitu 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast