Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU – Peningkatan mendadak kes denggi di Johor membimbangkan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, laporan menunjukkan peningkatan mendadak apabila 4,848 kes dilaporkan secara kumulatif sehingga minggu epid ke-13 (sehingga 30 Mac 2024).

Angka itu, katanya, jauh berbeza bagi tempoh sama tahun lalu yang hanya mencatatkan 1,907 kes.

“Lapan kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding dua kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Johor kini merupakan negeri kedua yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi peringkat kebangsaan selepas Selangor.

“Jumlah terkumpul lokaliti wabak adalah sebanyak 737 berbanding 229 bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 508 lokaliti,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Tian Soon berkata, bagi mengurangkan insiden kematian l,aktiviti kawalan dan pencegahan perlu dipergiatkan bagi mengurangkan kes demam denggi.

Menurutnya, musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

Langkah  pencegahan perlu dilakukan agar rumah bebas nyamuk aedes.

Beliau menegaskan, peranan membendung kes denggi bukan hanya terletak kepada Jabatan Kesihatan semata-mata tetapi perlu membabitkan kerjasama daripada pelbagai jabatan, agensi, syarikat swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat awam termasuk sukarelawan MyCHAMPION COMBI.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast