ISKANDAR PUTERI – Kira-kira 12 penumpang  termasuk pemandu bas bernasib baik apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kejadian berlaku di laluan bas KSAB itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Katanya hasil siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan daripada kerosakan brek bas.

“Kes disiasat di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59).

“Kesalahan itu juga boleh membawa denda RM300 jika sabit kesalahan” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini tular dalam media sosial sebuah bas penumpang melanggar pondok polis di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) dekat sini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast