Remaja perempuan maut diseret lori tangki dalam kejadian di Klang hari ini.Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori tangki di Kilometer 8, Jalan Klang Utama hadapanĀ  kilang Vitagen, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam tentang kejadian itu sekitar jam 1.59 petang.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa yang berusia 19 tahun itu dalam perjalanan dari Kapar menuju ke arah Klang.

Remaja perempuan maut diseret lori tangki dalam kejadian di Klang hari ini.Ihsan Bomba Selangor”Sejurus tiba di lokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai dilanggar oleh lori tangki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah digilis dan diseret lori berkenaan sejauh 20 kaki atas jalan raya.

Pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi telah memeriksa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi nahas.

Mayat telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ujarnya lagi.

Kes dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MalaysiaGazette