Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak 1,631 kes kemalangan jalan raya pada hari kedua penguatkuasaan Op Selamat ke-22 sempena  Hari Raya Aidilfitri 2024 semalam.

Infografik yang dikeluarkan PDRM pada hari ini menunjukkan sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan dinasihatkan agar mengamalkan pemanduan berhemah.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar sentiasa sabar dan mengikuti peraturan yang ditetapkan serta memastikan undang-undang dipatuhi tanpa kompromi.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengumumkan PDRM akan melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bermula 8 hingga 13 April ini di seluruh negara.

Katanya, enam kesalahan utama antaranya pengunaan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak berhenti di lampu merah antara yang akan diberi fokus utama.

Beliau dalam perkembangan berkaitan menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan penuh bertanggungjawab di serta bersabar, berhemah ketika menghadapi kesesakan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, pengguna yang merancang pulang ke kampung atau pun bercuti dinasihatkan menanamkan sifat berkenaan ketika memandu kenderaan demi insan tersayang serta menjamin keselamatan orang lain yang berada di jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast