Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba akan diambil keterangan di Bukit Aman pada 16 April ini berhubung kenyataannya meramal masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang dalam blognya.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu kepada MalaysiaGazette selepas maklumat itu dikongsi Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar pada pagi tadi.

“Ya, kita tetapkan pada 16 April 2024 (panggil Tamrin),” katanya, hari ini.

Terdahulu, Tamrin menerusi WhatsApp berkata, dia akan ke Bukit Aman pada jam 10.30 pagi untuk dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada Selasa ini.

Tamrin mendakwa dia disiasat polis berhubung artikelnya bertajuk ’10 Tahun Lagi DAP Akan Jadi Tuan’ dalam ruang blog beliau. – MalaysiaGazette