Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Insiden kebakaran berulang di pusat pelupusan sisa toksik di Sendayan, Negeri Sembilan amat membimbangkan dan pihak berwajib disaran untuk segera melakukan audit keselamatan ke atas syarikat menguruskan tempat tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, pusat pelupusan itu juga amat berdekatan dengan kawasan kediaman Kampung Sendayan.

Katanya, sebarang bentuk pencemaran akan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk setempat.

“Saya harap pihak syarikat kualiti alam mengambil tindakan meneliti secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan pihak agensi kerajaan yang berkenaan melakukan audit keselamatan.

“Ini kali kedua kebakaran berlaku,” katanya yang juga Menteri Luar Negeri dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual berkeluasan 100 x 100 kaki persegi di Pusat Kualiti Alam itu terbakar sepenuhnya petang semalam.

Dalam pada itu, Pasukan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang memantau kualiti udara dan bacaan dari masa ke semasa.

Setakat ini, belum ada apa-apa bacaan tidak normal ditunjukkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast