Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semakin sesak setakat pukul 5 petang susulan peningkatan warga kota yang mula kembali ke bandar.

Menerusi Aplikasi X, PLUS Malaysia Berhad melaporkan, aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat pukul 4.50 petang.

Aliran trafik perlahan dan semakin tinggi dari kedua-dua arah utara iaitu dari Pagoh ke Yong Peng Utara sekitar pukul 4 petang.

Pada masa sama, pengguna lebuh raya diminta merancang perjalanan masing-masing disebabkan trafik mula perlahan arah selatan dari Yong Peng Selatan ke Ayer Hitam, Simpang Renggam ke Sedenak dan arah utara dari Sedenak ke Simpang Renggam.

Trafik turut perlahan arah utara dari Bukit Gambir menuju ke Jasin, Ayer Keroh ke Pedas Linggi dan dari Pedas Linggi menuju Port Dickson Utara.

Selain itu, PLUS Trafik memaklumkan beberapa kawasan mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas seperti dari Kepala Batas ke Hutan Kampung dan dari Pagoh ke Yong Peng Utara.

Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan lorong di lebuh raya terhalang namun aliran trafik mula perlahan.

Aliran trafik juga perlahan disebabkan lorong kiri terhalang kerana lori rosak di arah utara dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan, namun keadaan trafik masih lagi terkawal.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, jumlah kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Ujarnya, di LPT2 trafik bergerak perlahan dari Bukit Besi ke Paka dan di kawasan susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast