Leong Yu Man

KUANTAN – Pahang telah menerima kehadiran pelancong seramai 13,231,064 juta sepanjang tahun 2023.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, jumlah kehadiran pelancong tersebut sekali gus menepati angka sasaran kerajaan negeri.

“Perbelanjaan pelancong sebanyak RM11.89 billion dan telah mencapai sasaran seperti mana sasaran kerajaan negeri pada tahun 2023 iaitu 13 juta orang pelancong.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun 2022 seramai hanya 10,181,185 juta orang sahaja kedatangan pelancong ke negeri ini dengan anggaran pelancong sebanyak RM9.15 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Tourism Pahang di sini hari ini.

Ujar Yu Man, jumlah tersebut hanya mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian.

Malah sekiranya jumlah pelancong harian diambil kira, jumlah tersebut akan jauh lebih besar. – MalaysiaGazette