Wan Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan 23 Mei ini bagi menentukan permohonan representasi oleh bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih popular dengan panggilan ‘Papagomo’.

Wan Muhammad telah memohon representasi bagi menggugurkan pertuduhan dakwaaan menghasut dengan mengaitkan kerajaan adalah pro terhadap Isreal sebelum ini.

Mahkmah dimaklumkan surat representasi telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) awal bulan ini.

Salinan surat itu telah diberikan kepada pendakwaan pagi ini sebelum Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu.

Difahamkan kandungan representasi itu tidak dapat diumumkan ketika ini.

Tertuduh didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut dengan mengaitkan kerajaan sekarang pro kepada Israel dan negara barat dalam laman sosial Facebook milik seorang individu jam 1 tengahari 8 November 2023.

Jika sabit salah, kesalahan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast