PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia ketika menyertai larian merentas desa, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila pelajar yang menyertai larian peringkat sekolah sejauh 7 kilometer rebah dan tidak sedarkan diri ketika menghampiri garisan.

“Guru yang berada di lokasi telah cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas,” katanya menerusi kenyataan

Polis menerima laporan berkenaan kes itu pada jam 4.01 petang.

Menurut, Syahrul, pihak sekolah telah menghubungi ambulans dan semasa berada di unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati pelajar berkenaan disahkan memghidap penyakit jantung berlubang dan pernah menjalani pembedahan jantung pada 2016.

Beliau berkata, pelajar tersebut memegang kad rawatan Institut Jantung Negara (IJN) dan mengambil ubat secara berkala

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MalaysiaGazette