Sarah Yasmine berkongsi hantaran di Instagram miliknya

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dia adalah kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024.

Sarah Yasmine menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya mendakwa dia mula rapat dengan penyanyi kelahiran Singapura itu selepas Alif sering mengadu mengenai hubungan dengan isteri (Bella) tidak baik.

“Dia (Aliff) selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approach untuk bercinta dengan Aliff.

“Semasa saya berada selama seminggu di Malaysia, Aliff dan saya masih lagi berhubung seperti biasa sehinggalah hari Aliff dan pelakon wanita itu (NRF) ditangkap khalwat,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut berkongsi kronologi ketika kejadian penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Dia juga mendakwa dicurangi oleh Aliff yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pelakon wanita berkenaan selepas terkantoi panggilan mesra di dalam mesej mereka.

Bukan itu sahaja, gadis ini mendakwa mempunyai semua bukti perbualan yang menunjukkan NRF dan Aliff berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

“Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya.

“Hancur hati saya melihat perbualan itu, dan melihat semua perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bellla, dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami yang masih sah,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran itu juga, Sarah tampil membuat permohonan maaf kepada pihak yang terkesan dengan pendedahan tersebut.

Malah, wanita itu turut membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah biarpun mendakwa isteri Aliff telah pun mengetahui kewujudannya sebagai kekasih gelap. – MalaysiaGazette